Advertising
Alvaro Gonzalez: 7 Bulan Saya Di Rumah, Kepulangan Ini Menakjubkan
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT), Alvaro Gonzalez puas kepulangan bermaknanya selepas 7 bulan membuahkan kejayaan.

Tonggak berusia 35 tahun itu menjaringkan dua gol untuk memastikan skuad Harimau Selatan berjaya menumbangkan Central Coast Mariners dengan keputusan 2-1.

Beliau melihat kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil setelah JDT datang untuk mendapatkan khidmatnya yang bergelar ejen bebas.

Ad

“Kemenangan ini penting untuk pasukan dan juga saya kerana selama 7 bulan saya bekerja sendirian di rumah. Saya lihat kepulangan ini sangat menakjubkan.

Ad

“Saya jaringkan dua gol tetapi jika ini memberikan kemenangan buat pasukan amat baik. Kelab (JDT) memberikan saya kepercayaan yang tinggi dan kami sangat gembira hari ini,” ujarnya selepas perlawanan.

Alvaro yang juga bekas pemain Al-Nassr di Arab Saudi turut memuji corak permainan JDT dan kombinasi antara tonggak Sepanyol dan Malaysia membuahkan hasil.

Ad
Ad

“Kita ada ramai pemain berkualiti dan bermain sedikit seperti pasukan Sepanyol di samping pemain Malaysia dalam pasukan juga beraksi amat baik.

Ad

“Kita bekerja keras dan amat gembira dengan kemenangan ini,” tambahnya.

JDT kini menghuni tangga ke-5 kumpulan dengan 11 mata dan bakal berdepan Pohang Steelers pada 18 Februari ini.