Advertising
Amad Diallo Zahir Kesyukuran Pada Allah
MakanBola
Manchester United FC

Pemain sayap Manchester United, Amad Diallo meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah SWT di atas kejayaan menewaskan Man City baru-baru ini.

Manchester United telah dijadualkan bertemu jiran setempat, Manchester City di Stadium Etihad dalam aksi tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada lewat malam Ahad lalu.

Dalam aksi tersebut, Amad muncul wira United dengan satu jaringan di masa tambahan untuk menumbangkan juara EPL itu di gelanggang keramat mereka sendiri dengan keputusan 2-1.

Ad

Malah, pemain kebangsaan Ivory Coast ini turut mempamer persembahan cemerlang sepanjang pertarungan tersebut sehingga menerima penilaian tertinggi iaitu 8.3 oleh laman Sofacore.

Ad

Di laman X, Amad sempat mengirimkan video sorotan aksi beliau ketika menentang City yang menyaksikan beberapa gerakan serta jaringan yang dilakukan untuk menewaskan penjaga gol, Ederson.

”Alhamdulillah (Terima kasih Allah),” tulis Amad di laman X bersama video tersebut.

Ad
Ad

Ujian seterusnya menanti Amad dan Manchester United adalah bertandang ke London untuk bertemu Tottenham Hotspurs dalam saingan EFL Cup pada 20 Disember ini.