Amar Makruf Tandatangani Kontrak Pro Bersama Kelab La Liga 2, A.D. Alcorcón
Dunia
Amar Makruf
Advertisements

Pemain muda Malaysia kelahiran Dungun, Amar Makruf Sharuddin menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama kelab La Liga 2, A.D. Alcorcón.

Pemain berusia 20 tahun ini sebelum ini menyertai latihan di akademi kelab berkenaan pada tahun 2021 sebelum diserapkan menyertai kelab bawah 23 tahun.

Perkara ini diumumkan sendiri Amar Makruf di akaun Instagramnya @amarmakruf_ .

Advertisements

Amar Makruf sebelum ini berjaya menarik perhatian pencari bakat di eropah dengan aksi bersahajanya ketika sesi pemilihan dan latihan bersama kelab yang bertapak di pinggir Bandar Madrid.

AD Alcorcón merupakan sebuah kelab profesional yang beraksi di La Liga 2 (Divisyen 2) Sepanyol dan kini menghuni tangga terakhir liga selepas 24 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram