Amri Yahyah Tenangkan Amarah Penyokong Sabah
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Gelagat yang dipamerkan oleh pemain veteran Sabah FC, Amri Yahyah untuk menenangkan sebahagian penyokong pasukan mencuri perhatian ramai.

Pemain berusia 42 tahun itu dapat mengesan amukan penyokong setia The Rhinos yang kelihatan tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak buah Ong Kim Swee.

Beraksi di laman sendiri, Sabah gagal menfaatkan lautan penyokong yang hadir sungguhpun mendahulu seawal minit ke-13 permainan.

Advertisements

Anak didik Tano Solari bagaimanapun menjaringkan 5 gol termasuklah hatrik daripada penyerang sensasi pasukan, Bergson Da Silva untuk membawa pulang 3 mata.

Sebilangan penyokong Sabah kelihatan tidak berpuas hati dengan perlawanan tersebut dan mula bertindak di luar kawalan.

Menerusi perkongsian di perkarangan stadium, penyokong Sabah kelihatan membaling sampah ke arah trek sebelum sempat ditenangkan oleh Amri.

Advertisements

Beliau bertindak untuk berdiri di hadapan penyokong sebelum membuat gaya agar meminta para penyokong mengawal emosi ketika berada dalam stadium.

Lagenda Selangor itu memberi isyarat agar penyokong berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan.

Keadaan akhirnya menjadi tenang selepas itu dengan tindakan pemain ini mendapat pujian ramai.

Advertisements

Sabah kini berada di tangga ke-5 dengan 36 mata dan akan melayan kunjungan KL City bagi aksi berikutnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram