Individu berpengalaman kancah bola sepak India telah mengeluarkan analisis tentang perbezaan kualiti skuad kebangsaan Malaysia dan Indonesia.
Semua ini selepas Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan A, saingan Divisyen 1 Piala ASEAN FIFA 2026 bersama-sama India, Singapura dan juga jaguh Asia Tenggara, Indonesia.
Kumpulan B pula menyaksikan pertarungan empat negara melibatkan Thailand, Vietnam, Pakistan dan juga Filipina dalam misi membuktikan kedudukan selaku jaguh di Asia Tenggara.
Senario ini membuka mata Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF), Sanji Prabhakaran yang mengeluarkan satu analisis berhubung kekuatan pasukan yang berada bersama India.
Beliau melihat terdapat perbezaan kekuatan yang bakal dipamerkan oleh Malaysia dan Indonesia menjelang aksi getir bulan September in.
Menurut Shaji, beliau melabel Indonesia sebagai salah satu pasukan yang sedang berkembang dengan begitu pantas di Asia dan bakal menjadi antara lawan terhebat dalam kumpulan.
Sementara itu, beliau melihat Malaysia sebagai sebuah pasukan yang sedang membina semula pasukan dan memberikan cabaran di luar jangkaan.
Shaji juga tidak mahu memandang rendah terhadap cabaran yang bakal diberikan oleh Singapura yang layak ke Pusingan Akhir Piala Asia AFC 2027 selain menjadi lawan yang sudah biasa ditemui.
Undian bagi perlawanan FIFA ASEAN Cup 2026 belum lagi diumumkan dengan Harimau Malaya dijangka menghantar skuad terbaik ke Jakarta bagi kejohanan ini.