Advertisements
Andik Vermansyah Gaduh Besar, Muka Lawan Jadi ‘Mangsa’
Asia Tenggara
MakanBola
Persiraja Banda Aceh

Gelagat bekas pemain sayap Selangor FC, Andik Vermansyah mencuri tumpuan peminat bola sepak Indonesia baru-baru ini.

Andik yang kini beraksi untuk kelab Liga 2 Indonesia, Persiraja Banda Aceh dikesan menolak muka pemain PSPS Pekanbaru, Ilham Fato sehingga terjatuh.

Insiden ini berlaku dalam aksi terbaru liga membabitkan Persiraja dan PSPS di Stadium Harapan Bangsa pada 13 Oktober lalu.

Insiden bermula apabila pengadil, Agung Suhanda mengesan Andik menerjah keras seorang pemain PSPS. Susulan itu, Agung menolak bantahan yang dikemukakan beliau dan tidak teragak-agak melayangkan kad kuning kepadanya.

Andik yang tidak berpuas hati kemudiannya menolak muka Ilham sehingga terjatuh. Insiden ini mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemain PSPS.

Bekas pemain Kedah itu kemudiannya bertindak mengasari pemain yang sama. Tindakan Andik mengakibatkan pertelagahan tercetus antara pemain kedua-dua pasukan.

Selepas beberapa minit bertelagah, Agung berjaya menenangkan semua pemain sebelum perlawanan kembali disambung. Aksi tersebut berakhir dengan Persiraja diikat PSPS 1-1.

Pelawat terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah Afghanistan, Omid Popalzay pada separuh masa pertama. Persiraja kemudiannya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi penalti penyerang England, Deri Corfe.

Selepas tamat perlawanan, Andik dilihat memeluk Ilham dan memohon maaf atas tindakannya itu semasa perlawanan berlangsung.

Sejak menyertai Persiraja pada Ogos 2023, bekas pemain sayap Merah Kuning itu telah merekodkan 20 penampilan, empat gol dan empat bantuan gol.

Selain Selangor dan Kedah, Andik juga pernah beraksi untuk Persebaya Surabaya, Madura United dan Bhayangkara. Beliau turut merekodkan 31 penampilan senior bersama skuad kebangsaan Indonesia.

Related Articles