Advertising
Andik Vermansyah Sah Berpindah Ke Persiraja Banda Aceh
MakanBola
Selangor FA

Bekas pemain sayap Selangor FC, Andik Vermansyah telah mendapat kelab baru selepas dilepaskan kelab lamanya, Bhayangkara pada akhir musim Liga 1 Indonesia yang lepas.

Andik berpindah ke kelab Liga 2 Indonesia yang berpangkalan di Aceh, Persiraja Banda Aceh sebagai ejen bebas. Selain beliau, bekas rakan sepasukan dalam Timnas Indonesia, David Laly turut berpindah ke kelab sama.

Ad

Perpindahan ini disahkan oleh presiden kelab Nazaruddin Dek Gam. Beliau menyifatkan kehadiran dua bekas pemain kebangsaan Indonesia ini akan menambah kualiti dalam pasukan yang diberi jolokan Harimau Banda itu.

Ad

“Sore (petang) ini Andik Vermansyah dan David Laly Insya Allah tiba di Lampineung, Banda Aceh. Tahun ini mereka akan bersama kita bermain untuk Persiraja,” katanya seperti dilaporkan portal Masakini.

Sebelum menyertai Persiraja, Andik telah dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa buah pasukan termasuk Kelantan. Beliau hampir menyertai The Red Warriors pada 1 Ogos lalu tetapi perpindahan tersebut terbatal pada saat akhir.

Ad

Menariknya, Andik berpeluang membuat kemunculan pertama bersama Persiraja menentang Selangor. Ini selepas Persiraja mengatur aksi pra-musim menentang The Red Giants pada 27 Ogos ini.

Ad