Angel Alfredo Vera Bakal Tinggalkan Kelantan
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Kelantan FC bakal menjadi pasukan terbaru yang terpaksa melupakan khidmat jurulatih mereka untuk baki kempen Liga Super.

Ini selepas ketua jurulatih skuad Kijang dari Argentina, Angel Alfredo Vera bakal meninggalkan pasukan itu tidak lama lagi.

Perkara ini dinyatakan sendiri beliau dalam sidang media pasca-perlawanan Kelantan-Sabah FC semalam.

Advertisements

“Kemungkinan saya bisa keluar (pada) minggu hadapan. Saya kembali ke Indonesia,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Vera mengakui walaupun berdepan kesukaran melatih pasukan Kelantan, beliau merasa senang di Malaysia.

Advertisements

Bagaimanapun, pada masa sama, beliau melihat sudah tiba masanya untuk beliau memikirkan kepentingan dirinya dan maju ke hadapan selepas ini.

“Saya senang di sini walaupun dengan masalah-masalah yang ada tapi aku harus fikir ke depan,” tambahnya.

Advertisements

Pendedahan ini menyaksikan Kelantan kehilangan jurulatih buat kali ketiga musim ini. Sebelum ini, mereka telah merehatkan Choi Moon-sik dan Frank Bernhardt susulan prestasi buruk yang membelenggu pasukan.

Perlawanan semalam turut menyaksikan The Red Warriors mencipta rekod baru Liga Super dari segi bilangan gol yang bolos iaitu 102 kali.

Advertisements

Dengan dua lagi perlawanan menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan PDRM FC masing-masing pada 26 November dan 10 Disember ini, tidak mustahil rekod tersebut akan pecah lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram