Annil Vigneswaran Sertai Kelab Jerman, SV Waldhof Mannheim 07
Eropah
Annil Vigneswaran
Advertisements

Pemain pertahanan muda Malaysia, Annil Vigneswaran terus mengorak langkah dengan menyertai kelab divisyen ketiga Jerman, SV Waldhof Mannheim 07.

Perkara ini diumumkan sendiri Annil di akaun Instagram peribadinya baru-baru ini.

Sebelum ini, Annil pernah beraksi untuk skuad remaja SGV Freiburg, Sandhausen dan Freiburger FC.

Advertisements

Selepas tidak menyambung kontrak bersama Freiburger pada musim lepas, beliau bergelar ejen bebas dan menilai semua tawaran yang datang sebelum memilih Waldhof.

“Selepas banyak pengorbanan dan kerja keras. Akhirnya gembira menyertai skuad bawah 21 tahun SV Waldhof Mannheim 07 musim ini.

“Terima kasih kepada ejen saya dan semua orang yang merealisasikan perkara ini. Masa untuk bekerja keras dan terus berjuang,” katanya.

Advertisements

Perkembangan Annil dijangka dipantau oleh ketua jurulatih baru skuad B-23 negara, Juan Torres Garrido.

Ini kerana kehadiran pemain seperti beliau mampu memperkuat cabaran Harimau Muda ke Piala Asia B-23 yang berlangsung pada tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram