Annuar Musa Duduk Semeja Dengan Bintang Manchester City, Abdukodir Khusanov
MakanBola
Tan Sri Annuar Musa

Presiden Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC), Tan Sri Annuar Musa berpeluang duduk semeja dengan bintang muda Manchester City, Abdukodir Khusanov.

Hal ini dikongsikan beliau menerusi satu hantaran di Facebook baru-baru ini. Selain beramah mesra dengan bintang muda Uzbekistan itu, Abdukodir turut menghadiahkan jersi City kepada Annuar.

Pertemuan ini diadakan tidak lama selepas aksi EPL antara Manchester City dan Chelsea di Stadium Etihad.

“Selepas tamat perlawanan, Khusanov datang menemui kami sekeluarga di penginapan. Ramah mesra minum teh bersama sambil menandatangani beberapa helai jersi sebagai kenangan,” katanya.

Annuar turut mengucapkan selamat berjaya kepada bekas bintang Lens itu bukan saja dalam kariernya tetapi untuk saingan Piala Dunia 2026.

Ini kerana Uzbekistan antara negara yang membawa cabaran Asia dalam saingan Piala Dunia kali ini.

“Semoga kerjaya Khusanov terus cemerlang. Selamat maju jaya juga untuk Piala Dunia 2026,” ujarnya.

City terlepas peluang meraih tiga mata apabila diikat Chelsea 1-1. Gol lewat Enzo Fernandez memadamkan kelebihan gol City menerusi Tijjani Reijnders.