Anwar Ibrahim Kekal Pacu Kebangkitan KL City
Dunia
KL City Football
Advertisements

Liga Malaysia kini berada di penghujung musim dan pasukan-pasukan kini sedang sibuk untuk menawarkan kontrak baharu kepada pemain sedia ada juga pemain-pemain baharu bagi saingan musim hadapan.

Antara yang sibuk menawarkan kontrak adalah pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City). Difahamkan KL City kini sedang dalam proses untuk memperbaharui kontrak pertahanan kiri mereka iaitu Anwar Ibrahim yang dikhabarkan akan tamat kontrak hujung bulan ini.

Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan sukan, T. Avineshwaran dalam satu ciapan di laman twitter milik beliau. Anwar, 23 merupakan bekas pemain Felda United dan pernah menyarung jersi kebangsaan peringkat umur Bawah 19 pada tahun 2018.

Advertisements

Musim ini merupakan musim yang menyaksikan KL City terpaksa bergelut untuk mendapatkan pemain pertahanan kiri yang baharu selepas pemain pertahanan kiri mereka yang cemerlang musim lalu, Daniel Ting meninggalkan kelab musim ini disebabkan enggan menerima suntikan vaksin.

Kekosongan yang ditinggalkan Daniel Ting cuba diisi beberapa pemain yang mendapat kepercayaan Bojan Hodak seperti Anwar, Declan Lambert dan seorang lagi pemain muda iaitu Nabil Hakim. Namun Declan Lambert menjadi pilihan utama Bojan untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Kemungkinan besar kontrak Anwar diperbaharui supaya dapat memberikan ‘squad depth’ yang baik buat KL City musim hadapan. Anwar telah diturunkan dalam 19 perlawanan musim ini dengan mengumpul 695 minit permainan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram