Aqil Shamsul Sertai JDT
Malaysia
JDT & Aidir Photography
Advertisements

Pemain muda berbakat, Aqil Shamsul telah diumumkan sebagai pemain terbaru Akademi Johor Darul Ta’zim.

Bakat muda berusia 13 tahun itu telah diumumkan JDT dalam hantaran terbaru di laman rasmi media sosial Johor Southern Tigers.

Muhammad Aqil bin Mohd Shamsul Aswadi sebelum ini tular dalam satu video yang dimuat naik salah seorang jurugambar dari Terengganu iaitu Aidir Photography. Video tersebut telah mendapat perhatian ramai dan hangat diperkatakan di beberapa platform media sosial seperti Tiktok, Twitter dan Instagram.

Advertisements

Anak jati dari Terengganu itu dilihat begitu berbakat, lincah dan tenang ketika mengawal bola. Beliau mendapat pujian ramai pihak dan Aqil dikatakan miliki kelebihan untuk beraksi dengan baik di bahagian tengah.

Aqil merupakan anak kepada lagenda futsal Terengganu, Shamsul Aswadi atau lebih dikenali Matcang sementara abangnya, Arsyad Shamsul pula merupakan pemain Terengganu IV.

Advertisements

Sebelum ini, pelajar SMK Ibrahim Fikri ini menjalani latihan dibawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP). Kini beliau bakal menyertai Akademi JDT dan akan mengembangkan karier disana.

Akademi JDT merupakan satu-satunya akademi kelab bola sepak profesional sepenuh masa yang menawarkan latihan bola sepak, pendidikan dan penginapan kepada para pelajar.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram