“Arab Saudi Banyak Mengajar Malaysia” – Siti Nurfaizah
UltraSukan
FA Malaysia
Advertisements

Pemain skuad wanita Malaysia, Siti Nufaizah Saidin mengakui skuad wanita Arab Saudi banyak mengajar mereka semalam.

Aksi pertama Kumpulan A Women’s International Friendly semalam menyaksikan skuad negara diikat tanpa jaringan oleh tuan rumah.

Biarpun hanya meraih satu mata, kesungguhan yang ditampilkan tuan rumah patut diberi pujian. Dan itu diharap dapat digunakan Malayan Tigress bila menentang Pakistan pada 21 September ini.

Advertisements

“Saya pasti (dalam) game (perlawanan), kita banyak belajar dari Arab Saudi malam ini. Dan saya akan pastikan team (pasukan) kita akan jadi lebih baik dan tingkatkan prestasi untuk perlawanan seterusnya,” katanya kepada laman media rasmi FAM.

Keputusan seri ini menyaksikan kedua-dua pasukan meraih satu mata dalam Kumpulan A. Peluang terbaik skuad negara untuk layak ke separuh akhir ialah dengan meraih kemenangan ke atas Pakistan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram