Tonggak lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi meninggalkan khabar gembira buat rakyat Malaysia.
Pemain berusia 24 tahun itu tidak beraksi sejak November tahun lalu susulan kecederaan ketika bersama pasukan kebangsaan.
Beliau juga terlepas beberapa aksi bersama kelab yang menyaksikan JDT mara ke pentas suku akhir AFC Champions League Elite (ACLE) tanpa kelibat beliau atas padang.
Arif yang sudah pun menjalani pembedahan beberapa bulan lalu kini dalam proses pemulihan, dengan beliau memberikan khabar gembira buat para peminat.
Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia ini memberi bayangan bahawa kelibatnya di atas padang boleh dijangka seawal bulan April ini.
Beliau juga meminta agar para peminat bersabar menanti kepulangannya yang memberikan kelebihan buat kelab dan pasukan kebangsaan.
“InsyaAllah April (kembali), sabar ya semua,” ujarnya pada hantaran di media sosial.
Namun begitu, khidmat Arif dijangka tidak dapat dilihat bersama Harimau Malaya, Mac ini tatkala Malaysia bakal menentang Vietnam pada 31 Mac ini di gelanggang lawan.