Eropah
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dikesan miliki gaya permainan sama seperti beberapa pemain bola sepak terkemuka dunia.

Advertisements

Pemain berusia 21 tahun yang bermain di posisi sayap kanan ini dikatakan mempunyai persamaan dengan gaya permainan pemain Bayern Munich, K Coman. Persamaan itu adalah sebanyak 95.8% dari segi individu dan 82.5% dari sudut corak permainan pasukan.

Menurut perkongsian di Twitter Asia Football Analysis Zone, mereka telah menyenaraikan beberapa pemain yang mempunyai gaya permainan mirip Arif Aiman. Menggunakan data daripada Wyscout, AFA Zone menguji 100 pemain sayap daripada berbeza liga yang mempunyai sekurang-kurangnya 900 minit permainan.

Advertisements

Antara pemain lain yang memiliki player style serupa Arif ialah pemain Napoli, K. Kvaratskhelia (95.4%), D. Malen dari Borussia Dortmund (94.1%) dan Elber da Silva yang bermain di J League bersama Yokohama F. Marinos (96%).

image 27 Arif Aiman Dikesan Miliki Gaya Permainan Setanding Bintang Bayern Munich
Twitter: Asia Football Analysis Zone

Di JDT musim ini, Arif telah merekodkan sebanyak 1210 minit permainan. Beliau berjaya membantu Harimau Selatan dengan menjaringkan 5 gol dan menjadi pemain paling banyak mencatat assist dalam saingan Liga Super ketika ini. Arif mencatat sebanyak 9 bantuan jaringan setelah beraksi dalam 14 penampilan dalam saingan liga.

Advertisements

Kudrat Arif turut menambah perisa dalam kemenjadian JDT musim ini. Selepas mengharungi 14 perlawanan, JDT kekal mencatatkan rekod 100% kemenangan sekaligus menghuni kedudukan teratas saingan Liga Super 2023.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram