Arif Aiman Dinobat Pemain Muda Terbaik ‘Matchday 6’ ACL
ACL
Haziq / MakanBola
Advertisements

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi telah dinobatkan sebagai pemain muda terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 untuk perlawanan keenam.

Pada aksi keenam, JDT telah dijadual berdepan wakil dari Thailand, BG Pathum United di Stadium Sultan Ibrahim. JDT berjaya menamatkan kempen ACL 2023 dengan kemenangan bergaya 4-1 menerusi ledakan Bergson da Silva, Arif Aiman dan Endrick dos Santos.

Arif Aiman berjaya mencatat satu jaringan dan satu bantuan jaringan buat kem Harimau Selatan. Sebelum wisel penamat dibunyikan pengadil, pemain berusia 21 tahun itu berjaya melepasi kawalan pertahanan BG Pathum sebelum melepaskan satu rembatan menggegar jaring.

Advertisements

Persembahan memukau dan bertenaga yang ditampilkan Arif Aiman telah mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian laman media sosial rasmi ACL, Arif telah terpilih sebagai pemain muda terbaik untuk perlawanan keenam saingan peringkat kumpulan ACL 2023.

Arif berjaya mengatasi tiga calon pemain muda terbaik yang turut tersenarai iaitu pemain FC Nasaf, Alibek Davronov, Marwan Al-Sahafi (Al-Ittihad) dan Sota Miura (Ventforet Kofu).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram