Arif Aiman Dirisik Kelab J1 League, Kashiwa Reysol?
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dilihat telah berjaya menarik perhatian sebuah kelab J1 League, Kashiwa Reysol yang tampil cemerlang sejak musim lalu.

Pemain berusia 20 tahun itu merupakan pemain utama bersama Harimau Selatan telah beraksi dengan cukup cemerlang ketika membantu JDT di pentas ACL.

Menerusi beberapa laporan daripada media tempatan di Jepun, Kashiwa sudah pun menunjukkan minat untuk membawa masuk pemain sayap lincah ini ke sana.

Advertisements

Pemain Paling Bernilai (MVP) dua tahun berturut-turut itu telah menjaringkan tiga gol dan mencatat 13 bantuan gol dalam semua kejohanan domestik musim lalu termasuklah ketika menentang Kawasaki Frontale dan juga Urawa Red Diamonds di ACL.

Sungguhpun pemain itu sendiri telah menafikan bahawa fokusnya kini terarah untuk membantu kelabnya iaitu JDT, namun sumber daripada The Star sudah melaporkan bahawa ada beberapa buah kelab di Korea berminat terhadap Arif Aiman.

Anak jati kelahiran Maran, Pahang ini merupakan salah satu prospek terbaik yang dimiliki JDT dan pasti menarik perhatian di pentas Asia musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram