Arif Aiman & Endrick Dos Santos Dilepaskan Dari Kem Kebangsaan
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pemain sayap pasukan kebangsaan, Arif Aiman Hanapi dan juga Endrick Dos Santos sah tidak akan meneruskan cabaran bersama skuad kebangsaan.

Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kedua-dua pemain ini selepas disahkan mengalami kecederaan.

Ad

Hasil daripada ujian yang dijalankan menyaksikan mereka tidak dapat meneruskan cabaran termasuklah aksi menentang Hong-Kong 28 Mac nanti.

Ad

Oleh yang demikian, pegawai perubatan FAM bersetuju untuk Arif Aiman dan Endrick ​​dari kem latihan pusat ini supaya mereka dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik selepas ini.

Cabaran pasukan kebangsaan bagaimanapun akan diteruskan oleh baki 25 orang pemain lain bagi aksi berikutnya.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

Ad

Sebelum ini, Malaysia tanpa khidmat Arif bagaimanapun berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 hasil jaringan Akhyar Rashid dengan Endrick memainkan peranan utama selaku perancang tengah pasukan.

Ad