Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bintang muda yang kini meningkat naik, Arif Aiman Hanapi memberi penjelasan mengapa beliau tidak berkelana ke luar negara. 

Advertisements

Pemain berusia 21 mengakui masih belum bersedia untuk beraksi di luar negara dan beliau berpendapat bahawa dirinya belum cukup hebat untuk beraksi di negara seperti Jepun dan Korea Selatan. 

Pemain sayap kebanggsaan itu mahu kekal fokus memperbaiki dan mempertingkatkan prestasinya bersama Johor Darul Ta’zim. 

Advertisements

“Bermain di kelab luar bukan mudah. ​​Saya tidak cukup bagus untuk bermain di Jepun atau Korea.

“Ingat mudahnya untuk bermain? Mentaliti mereka tidak sama… jadi buat masa ini, saya benar-benar perlu kekal di sini dan meningkatkan prestasi saya,” Kata Arif Aiman dipetik daripada SNE Images.

Advertisements

Ketika ini, beliau berada dalam prestasi terbaik bersama JDT dengan mencatatkan 10 jaringan dan 6 bantuan jaringan dalam 15 perlawanan saingan Liga Super 2023. 

Baru baru ini, bersama skuad kebangsaan pemain sayap itu berjaya mengumpul 5 jaringan dalam dua perlawanan persahabatan menentang Papua New Guinea dan Kepulauan Soloman.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram