Arif Aiman Kembali ‘Dicari’ Orang Asia
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Nama pemain sayap Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Arif Aiman Hanapi kembali jadi tumpuan peminat bola sepak Asia.

Ini selepas nama pemain sayap berusia 21 tahun itu dipilih sebagai sebahagian daripada empat pasukan lima pemain terbaik yang beraksi dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023/24.

Arif berada dalam pasukan A bersama penjaga gol Ulsan Hyundai, Jo Hyeon-woo, Jadson (Shandong Taishan), Moon Seon-min (Jeonbuk Hyundai Motors) dan Peter Utaka (Ventforet Kofu).

Advertisements

Kemunculan nama beliau bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Arif sentiasa tampil konsisten bersama JDT dalam perlawanan kumpulan ACL.

Malah, namanya pernah dipilih dalam Kesebelasan Terbaik Mingguan Perlawanan Kedua ACL pada Oktober 2023.

Sepanjang musim 2023, Arif merekodkan 37 penampilan dalam semua kejohanan termasuk ACL. Mengikut data Transfermarkt, beliau menjaringkan 22 gol dan mencipta 18 bantuan gol.

Advertisements

Sumbangan besar Arif bukan saja membantu JDT menggondol Piala Malaysia, Piala FA, Liga Super dan Piala Sumbangsih untuk musim 2023.

Malah, ini sudah cukup untuk membantunya kekal sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK)23.

Selain MVP, Arif turut menggondol anugerah Penyerang Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Gol Terbaik Liga Malaysia 2023 dan berkongsi anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super bersama penyerang Selangor FC, Faisal Halim.

Advertisements

Selain Arif, penyerang berbisa Harimau Selatan, Bergson da Silva turut tersenarai dalam pasukan lima pemain ACL.

Bergson berada dalam pasukan B bersama William Popp (Yokohama F. Marinos), Seol Young-woo (Ulsan Hyundai), Marcinho (Kawasaki Frontale) dan Rungrath Poomchantuek (Bangkok United).

Penyerang berusia 33 tahun itu menjaringkan 33 gol dalam semua kejohanan termasuk ACL musim 2023/24 dan mencipta 10 bantuan gol.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram