Arif Aiman Kini Pemain Kelima Termahal JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi kini menjadi pemain kelima termahal bagi pasukan Harimau Selatan itu.

Hasil semakan di laman Transfermarkt, Arif Aiman kini memiliki nilai pasaran berharga 550 ribu euro dan ianya adalah kelima tertinggi di kalangan pemain JDT.

Ad

Chico Geraldes menjadi pemain termahal JDT dengan memiliki nilai pasaran berharga 2 juta euro. Ianya diikuti Jordi Amat dengan 800 ribu euro di tangga kedua.

Ad

Pemain ketiga termahal JDT menjadi milik penyerang berpengalaman, Fernando Forestieri dengan tanda harga 700 ribu euro dan di tangga keempat adalah pemain baru JDT, Iker Undabarrena dengan nilai yang sama iaitu 700 ribu euro.

Tanda harga Arif Aiman itu menjadikan beliau pemain tempatan termahal dalam saingan Liga Super dan ketujuh termahal bagi keseluruhan pemain yang beraksi di Liga Super.

Ad

Seorang lagi pemain tempatan, Matthew Davies menjadi pemain tempatan kedua termahal dengan nilai pasaran 400 ribu euro dan berkongsi kedudukan bersama pemain Selangor FC, Faisal Halim.

Ad

Nilai pasaran Arif dijangka akan mengalami peningkatan dari semasa ke semasa bergantung kepada prestasinya bersama JDT terutamanya dalam saingan Liga Juara Juara Asia Elit (ACLE) yang akan membuka tirai pada bulan hadapan.

Ad