Advertising
Arif Aiman: Saya Pemain Serangan & Menggelecek Adalah Sebahagian Dari Saya
MakanBola
FA Malaysia

Nama pemain muda negara, Arif Aiman Hanapi semakin dikenali ramai dengan aksi yang luar biasa dipamerkannya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad kebangsaan Malaysia.

Selain beraksi di bahagian sayap kanan dan kiri, Arif juga pernah diletakkan di posisi penyerang utama pasukan oleh pengendali JDT, Esteban Solari.

Arif bagaimana pun mengakui dirinya tidak boleh beraksi di posisi selain daripada bahagian serangan. Ini kerana, kemampuan menggelecek yang dimilikinya merupakan satu-satunya senjata utama buat dirinya.

Ad

“Saya bermain dalam posisi menyerang. Saya tidak boleh bermain di posisi lain kerana menggelecek adalah sebahagian daripada saya dan tanpanya (menggelecek), saya tidak akan mempunyai apa-apa untuk ditunjukkan di atas padang.” jelas Arif seperti yang dikongsikan AFC.

Ad

Untuk musim 2023, Arif telah diturunkan dalam 32 penampilan dalam saingan domestik dengan 21 gol berjaya dijaringkan. Manakala dalam saingan Liga Juara-Juara AFC, Arif berjaya meledak 3 gol daripada 6 perlawanan.

Ad
Ad

Menjelang Piala Asia 2023 di Qatar bulan hadapan, nama Arif Aiman telah disenaraikan dalam senarai bintang untuk diberikan perhatian oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Ad

Sudah pasti banyak mata akan tertumpu kepada pemain berusia 21 tahun ini di kejohanan berprestij Asia tersebut. Apatah lagi, gandingannya bersama Faisal Halim di bahagian sayap Harimau Malaya acap kali memberikan masalah kepada benteng lawan.

Untuk kempen Piala Asia itu, Malaysia diletakkan di dalam kumpulan E bersama-sama gergasi bola sepak Asia seperti Korea Selatan, Bahrain dan Jordan.