Arif Aiman Tak Dapat Diturunkan Menentang Hong-Kong?
Harimau Malaya
Harian Metro
Advertisements

Pemain sayap pasukan negara, Arif Aiman Hanapi dijangka tidak dapat diturunkan berdepan Hong-Kong pada 28 Mac nanti.

Bintang sensasi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sudah pun menjaringkan 3 gol dan mencatat 2 bantuan gol bersama pasukan sekaligus khidmatnya terus ditagih oleh Kim Pan-gon.

Arif memberi kejutan kepada para penyokong apabil beliau tiada dalam skuad negara tatkala menewaskan Turkmenistan 1-0.

Advertisements

Beliau dijangka ‘disimpan’ oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagi pertemuan dengan Hong-Kong untuk mencatat kemenangan kedua berturut-turut.

Walau bagaimanapun, beliau difahamkan sekali lagi tidak akan beraksi selepas kelibatnya tidak kelihatan dalam sesi latihan.

Menerusi laporan oleh wartawan terkenal, Syakirah Zulkifly, hanya 26 orang sahaja pemain yang menjalani latihan bersama skuad negata sebagai persiapan terakhir sekaligus memberi bayangan pemain kelahiran Pahang itu tidak diturunkan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, masih tiada sebarang penjelasan atau pengumuman rasmi mengenai sebab pemain ini tidak turun berlatih.

Pada aksi terakhir menentang Hong-Kong sebelum ini, Malaysia mencatat kemenangan selesa 2-0 hasil jaringan Safawi Rasid dan Safiq Rahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram