Arif Aiman Tak Fikir Tawaran Kelab Luar, Fokus Tertumpu Di JDT
Liga Super
Advertisements

Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mahu menumpukan fokus sepenuhnya bersama JDT.

Beliau mahu mengharungi musim indah bersama skuad Harimau Selatan dengan lebih banyak kejayaan pada tahun ini. Pemain berusia 20 tahun itu menjelaskan bahawa beliau mempunyai misi yang lebih besar di JDT dan enggan memikirkan soal penghijrahannya ke luar negara.

“Pasal kelab luar saya tak fikir lagi. Sekarang ni saya tumpu kepada kelab JDT dahulu.”

Advertisements

Dalam pada itu, pemain paling bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 itu tekad untuk membantu JDT mara ke peringkat lebih jauh dalam kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Beliau mahu memperbaiki pencapaian edisi lepas.

“Misi saya di JDT ini saya nak fokus dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) tahun ini. Saya nak pergi lebih jauh lagi dalam saingan ACL,” ujar Arif ketika ditemui selepas aksi Liga Super malam semalam.

Advertisements

Aksi kelima saingan Liga Super pada semalam menyaksikan skuad kendalian Esteban Solari berjaya meraih kemenangan bergaya menewaskan Selangor di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Arif Aiman Hanapi mencatat satu bantuan jaringan selepas hantarannya mudah disempurnakan Fernando Forestieri untuk gol ketiga JDT.

Hari ini, Arif Aiman akan mula melapor diri ke kem kebangsaan di bawah Kim Pan-gon sebagai persediaan Harimau Malaya sebelum mengharungi dua aksi persahabatan. Skuad kebangsaan akan berdepan cabaran pasukan Turkmenistan pada Khamis 23 Mac dan Hong Kong pada selasa 28 Mac 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram