Arne Slot Dari Kaca Mata Jurgen Klopp
Eropah
Liverpool FC/ Feyenoord
Advertisements

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp teruja dengan tindakan pihak pengurusan kelab mendapatkan khidmat pengendali Feyenoord, Arne Slot bagi menggantikan tempatnya musim hadapan.

Bagi Klopp, beliau melihat kehadiran Slot adalah baik buat Liverpool kerana beliau tertarik dengan corak permainan yang diterapkan Slot bersama Feyenoord.

“Saya suka cara pasukannya (Feyenoord) bermain bola sepak. Semua perkara yang saya dengar tentang dia (Arne Slot), lelaki yang baik, jurulatih yang baik. Jika dia adalah penyelesaian (buat Liverpool) maka saya lebih gembira.

Advertisements

“(Menjadi pengurus Liverpool) pekerjaan terbaik di dunia, kelab terbaik di dunia,” jelas Klopp seperti dipetik di Premier League.

Terdahulu, Liverpool dilaporkan semakin hampir mendapatkan khidmat Slot dengan kelab gergasi Liverpool itu sudah mencapai kata persetujuan bersama Feyenoord berkenaan pampasan.

Advertisements

Antara pencapaian terbaik Slot bersama Feyenoord adalah membawa kelab Belanda itu ke pentas akhir Liga Persidangan Eropah sebelum tewas tipis kepada jaguh Itali, AS Roma.

Pencapaian Slot itu agak mengejutkan dengan barisan pemain yang dianggap bukan bintang. Untuk musim ini, Slot telah membawa Feyenoord menduduki tangga kedua Liga Eredivise Belanda ketinggalan 9 mata kepada pendahulu, PSV Eindhoven.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram