EPL

Arsenal ‘Hentam’ Barcelona

Arsenal FC Barcelona Arsenal 'Hentam' Barcelona
FC Barcelona
Advertisements

Naib juara EPL musim lepas, Arsenal membuktikan mereka bersedia mencabar kejuaraan EPL musim ini dengan membelasah juara La Liga, Barcelona 5-3 dalam aksi pra-musim di Amerika Syarikat.

Aksi pra-musim di Stadium SoFi, Los Angeles itu menyaksikan Barca terlebih dahulu di hadapan menerusi penyerang berbisa Poland, Robert Lewandowski pada minit ketujuh.

Bagaimanapun, kelebihan anak-anak buah Xavi Hernandez hanya bertahan selama enam minit dengan Bukayo Saka menyamakan kedudukan buat The Gunners.

Tempoh sembilan minit menyaksikan kedua-dua pasukan menyumbat gol kedua masing-masing menerusi Ralphinha (minit ke-34) dan Kai Havertz (minit ke-43). Keputusan 2-2 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, anak-anak buah Mikel Arteta mula menunjukkan belang mereka. Leandro Trossard menambah derita Barca pada minit ke-55 dan 78.

Barcelona cuba merapatkan kedudukan menerusi Ferran Torres pada minit ke-88. Kebangkitan yang dicari tidak muncul dengan Fabio Vieira memastikan kemenangan Arsenal menerusi gol kelima pada minit ke-89.

The Gunners akan menutup program pra-musim mereka dengan menentang AS Monaco untuk saingan Piala Emirates pada 3 Ogos. Setelah itu, mereka akan turun menentang juara EPL musim lepas, Manchester City untuk aksi Perisai Komuniti pada 6 Ogos.