Advertising
Arsenal Kejar Liverpool, Rice Terbayang Trofi EPL
EPL
MakanBola
Arsenal

Pemain tengah Arsenal, Declan Rice berharap musim 2024/25 merupakan musim di mana pasukan itu muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Arsenal kembali merapatkan jurang mata dengan Liverpool dengan menewaskan Ipswich Town 1-0. Kai Havertz muncul wira dengan meledakkan gol kemenangan pada babak pertama.

Ad

Kemenangan itu menyaksikan mereka kini mengumpul 36 mata, enam mata di belakang Liverpool. Meskipun begitu, The Reds masih memiliki kelebihan satu perlawanan.

Ad

Rice menyifatkan peluang buat The Gunners meraih gelaran juara EPL masih lagi terbuka. Musim ini dilihat peluang terbaik untuk menebus kehampaan musim sebelumnya.

“Ini satu tahun yang baik. Kita telah beraksi cemerlang tetapi itu bukan yang kita mahukan,” katanya seperti dilaporkan Eurosport.

Ad

“Kita hampir memenangi EPL dua kali, kita mara lebih jauh dalam saingan piala (Carabao Cup) dan kita berada di peringkat separuh akhir pada Februari. Harapnya, tahun baru membawa kepada trofi, kelab ini berhak mendapatnya.”

Ad

Rice melihat pencapaian trofi sebagai simbol kejayaan sesebuah kelab elit seperti Arsenal. Atas sebab itu, ini menjadi pembakar motivasi mereka untuk merealisasikannya.

Ad

“Kita berusaha mendapatkannya, pengurus juga berusaha menjayakannya. Langkah seterusnya kalau mahu bergelar kelab elit ialah kita perlu memenangi sesuatu,” tambahnya.

“Kita boleh memenangi perlawanan tetapi itu tidak memberi makna apa-apa jika anda tidak memenangi sesuatu.”

Walau bagaimanapun, perjuangan Arsenal perlu diteruskan tanpa kelibat Bukayo Saka. Ini kerana Saka perlu berehat selama dua bulan kerana kecederaan hamstring.

Selepas ini, The Gunners bakal berdepan Brentford di Stadium Komuniti Gtech pada 2 Januari 2025.