Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal sudah merancang perarakan bas untuk menjulang Piala musim 2023/2024.
Memetik laporan The Standard, perancangan Arsenal untuk menyambut kemenangan juara Liga Perdana Inggeris telah dijadualkan pada hari Isnin, 20 Mei akan datang.
Ketika ini, skuad kendalian Mikel Arteta berada di tangga teratas Liga dengan jumlah 83 mata berbaki 2 perlawanan lagi.
Sementara Manchester City mengekori rapat dengan perbezaan satu mata. Namun, The Citizens mempunyai baki lagi 3 perlawanan.
Jika The Gunners memenangi dua perlawanan terakhir ini. Mereka hanya perlu menunggu Manchester City seri atau tewas dalam 3 perlawanan akhir ini untuk mengesahkan kejuaraan.
Jika sebaliknya, skuad kendalian Pep Guardiola kekal memegang tahkta Liga Perdana Inggeris musim 2023/2024.
Selepas ini, Arsenal bakal berjumpa Manchester United pada ahad ini, 12 Mei manakala perlawanan terakhir menentang Everton pada 19 Mei akan datang.