Advertising
Arteta Dabik Dada ‘Saya Menang 3 Trofi Termasuk Charity Shield’
MakanBola
Arsenal

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mempertahankan rekod trofinya sepanjang lima tahun berada di Stadium Emirates.

Selepas lima tahun membimbing The Gunners, jurulatih Sepanyol itu tetap percaya dengan keupayaan anak buahnya memburu trofi baik di peringkat domestik mahupun di pentas Eropah.

Ad

Arteta melihat rekod tiga trofinya iaitu dua gelaran Charity Shield dan The Emirates FA Cup sebagai bukti keupayaan mereka.

Ad

Atas sebab itu, pengurus berdarah Basque itu merasa kurang senang apabila seorang wartawan lupa menyebut pencapaian Charity Shield sebagai trofi yang pernah dimenangi Arsenal.

Charity Shield dua kali, kan? Jadi, ada tiga trofi. Kita perlukan lebih banyak (trofi), kita mahukan lebih banyak (trofi) dan kita mahu trofi yang besar, itu sudah pasti,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan Carabao Cup.

Ad

Arsenal merangkul Charity Shield sebanyak dua kali dengan menewaskan Liverpool pada 2020 dan Manchester City (2023). Kedua-dua kejayaan trofi ini diraih menerusi penentuan sepakan penalti.

Ad

Meskipun begitu, Arteta dan The Gunners masih kempunan meraih trofi utama baik di peringkat domestik mahupun Eropah.

Ad

Pencapaian terbaik mereka pada musim 2023/24 ialah pencapaian separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dan naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL). Kedua-dua trofi masing-masing dimenangi oleh Real Madrid dan Manchester City.

Arteta berharap skrip berbeza dapat dilakar untuk musim 2024/25. Mereka bakal berdepan Crystal Palace untuk aksi suku akhir Carabao Cup pada awal pagi 19 Disember.