Ads
‘Asal Rembau’ Smith Rowe Mengaku Miliki Pertalian Dengan Malaysia
Harimau Malaya
Arsenal

Bintang muda Arsenal, Emile Smith Rowe mengakui memiliki pertalian darah dengan Malaysia.

Advertisements

Pendedahan mengejutkan ini dikongsikan oleh halaman sukan yang mengesan pemain yang memiliki darah warisan negara, Future Talents.

Advertisements

Menerusi gambar e-mel yang dihantar kepada Future Talents, pemain tengah berusia 23 tahun itu mengakui memiliki darah Malaysia dari sebelah keluarga ibunya.

Advertisements
Advertisements

Ini kerana neneknya berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. Sementara bapanya pula memiliki darah Jamaica.

“Memang betul, nenek dari sebelah ibu saya lahir di Malaysia, lebih tepat di Rembau, Negeri Sembilan jika saya tak silap. Jadi, itu menunjukkan saya memiliki hubungan dengan Malaysia. Tambahan pula, (keluarga) dari sebelah bapa saya pula, saya amat bangga dengan (darah) warisan Jamaica saya,” katanya.

Advertisements

Sejak membuat penampilan pertama bersama The Gunners pada 2020, Smith Rowe sudah merekodkan 118 penampilan, 18 gol dan 13 bantuan gol mengikut data Transfermarkt.

Keupayaannya merencana pelbagai corak serangan untuk Arsenal turut menarik minat pengurus England, Gareth Southgate. Dan hal ini dilihat menghalang Smith Rowe daripada mewakili Malaysia.

Ini kerana pemain muda itu sudah merekodkan tiga penampilan antarabangsa untuk The Three Lions dari 2021 hingga 2022. Meskipun begitu, Smith Rowe tetap bangga dengan latar belakangnya.

“Saya tak tahu sama ada saya boleh mewakili Malaysia atau Jamaica lagi kerana saya telah membuat penampilan bersama England. Tapi saya masih bangga dengan latar belakang saya,” tambahnya.

Advertisements

Smith Rowe telah melapor diri untuk kem latihan tidak rasmi Arsenal yang diadakan di Marbella, Sepanyol. Beliau bakal disertai beberapa pemain lain yang tidak terlibat dengan kempen EURO 2024 termasuk kapten, Martin Odegaard.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram