Asian Games: Lee Zii Jia Hantar Pulang Juara Dunia Thailand
UltraSukan
BA Malaysia/My All Sports
Advertisements

Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia mengesahkan kemaraan ke Sukan Asia 2023 selepas mengejutkan juara dunia perseorangan lelaki 2023 dari Thailand, Kunlavut Vidtisarn.

Selepas meraih kemenangan mudah ke atas pemain Timor Leste semalam, perlawanan hari ini dianggap ujian paling sukar buat anak jati Alor Setar, Kedah itu.

Set pertama menyaksikan kedua-duanya pada satu terikat pada kedudukan 3-3. Bagaimanapun, Kunlavut membuka langkah dengan meraih kelebihan selesa pada kedudukan 12-5.

Advertisements

Zii Jia cuba memberi tentangan tetapi pemain Thailand berusia 22 tahun itu memastikan set pertama miliknya dengan keputusan 21-10.

Kisah sama seakan berulang pada set kedua. Entah di mana silapnya, Zii Jia banyak melakukan kesilapan sehingga mengakibatkan beliau ketinggalan pada kedudukan 11-6.

Bagaimanapun, beliau berjaya bangkit dan memastikan perlawanan mereka diheret ke set ketiga dengan keputusan 21-19.

Advertisements

Set ketiga menyaksikan dominasi Zii Jia dengan Kunlavut ditinggalkan pada kedudukan 16-3. Pemain nombor 16 dunia itu berjaya mara ke suku akhir dengan keputusan 21-6.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram