Atletico Madrid ‘Bengang’ Dengan Mason Greenwood
MakanBola
Thetimes
Sponsors

Pemain Manchester United yang kini dipinjamkan ke Getafe, Mason Greenwood sekali lagi mempamerkan aksi luar biasa ketika menentang Atletico Madrid dalam saingan La Liga baru-baru ini.

Biarpun tidak berjaya menjaringkan sebarang gol, namun pergerakan licik Greenwood menjadi punca kebangkitan Getafe yang pada suatu ketika ketinggalan 3-1.

Ad

Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann mengakui barisan pemain Atletico tidak berjaya membendung kelincahan Greenwood sehingga terpaksa akur dengan keputusan seri 3-3.

Ad

“Sungguh memalukan kerana kami telah melakukan usaha yang hebat dengan sepuluh pemain (sejak minit ke-38). Sungguh memalukan bahawa Savic melakukan dua kesalahan dan mendapat dua kad kuning dan seterusnya kad merah.

“Akhirnya anda terpaksa bertahan. Greenwood sangat menyakitkan kami, kami tidak dapat menghalangnya pada penghujung permainan dan dua gol Getafe terus terhasil,” luah Griezmann.

Ad

Ini bukanlah kali pertama Greenwood menyinar bersama Getafe. Dalam perlawanan La Liga menentang Sevilla sebelum ini, Greenwood turut menyinar dengan satu gol dan satu bantuan gol untuk membantu Getafe menewaskan tuan rumah dengan keputusan 3-0.

Ad

Nama Greenwood kini disebut-sebut untuk dipanggil semula ke Manchester United yang kini agak terumbang-ambing dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Selain Manchester United, kemenjadian prestasi Greenwood juga telah membuatkan beberapa pasukan La Liga mahu mendapatkan khidmatnya seperti Barcelona, Real Sociedad dan Getafe sendiri yang mahu mendapatkannya secara tetap.

Saksikan sorotan perlawanan Atletico Madrid dan Getafe DI SINI.