Atmosfera Final JDT Bakal Membanjiri Stadium Sultan Ibrahim Demi Malaysia
Asia
semuanyajdt
Advertisements

Penangan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) memang semakin menjadi-jadi. Dan yang terkini dikhabarkan pembelian tiket secara online sudah pun habis.

Keadaan ini dapat menggambarkan bahawa perlawanan malam ini pasti bakal menyaksikan atmosfera luar biasa akan tercipta umpama suasana perlawanan akhir pertandingan bola sepak berprestij.

Melihat kepada jualan tiket secara online yang dikongsikan oleh pengguna twitter @juanbudiman, pembelian tiket kini hanya dibuka kepada penyokong lawan iaitu penyokong Kawasaki Frontale. Ini menandakan perlawanan malam ini pasti dibanjiri para penyokong JDT.

Advertisements

Dengan kapasiti 40,000 penonton pada satu-satu masa, pasti gegak gempita para penyokong JDT akan menambahkan lagi semangat para pemain JDT untuk mencipta satu lagi kejutan berdepan kelab gergasi Jepun itu.

Seluruh rakyat Malaysia juga sudah tentu mengharapkan kejutan dari JDT yang membawa nama negara Malaysia di pentas Asia paling berprestij ini.

JDT kini mendahului kumpulan I dengan 6 mata hasil dua kemenangan manakala Kawasaki Frontale pula berada di tangga kedua dengan 4 mata hasil satu keputusan seri menentang Ulsan Hyundai dan kemenangan bergaya 8-0 menewaskan Guangzhou FC.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram