Aubameyang Tinggalkan Arsenal, Sertai Barcelona
Dunia
Instagram-auba
Advertisements

Penyerang kebangsaan Gabon, Pierre Emerick-Aubameyang sah sertai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona seperti yang dilaporkan wartawan terkenal, Fabrizio Romano.

Pemain berusia 32 tahun ini bakal diumumkan secara sah tidak lama lagi kerana beliau telah selesai menjalani ujian kecergasan.

Sebelum ini, Aubameyang difahamkan telah kehilangan lilitan kapten pada Disember lalu oleh kerana pelanggaran disiplin iaitu melanggar protokol COVID-19 sebaik saja tiba di United Kingdom.

Advertisements

Bekas pemain Borussia Dortmund ini menyertai Arsenal pada tahun 2018 dan berjaya membuat penampilan sebanyak 128 perlawanan serta menjaringkan 68 gol bersama The Gunners.

Beliau telah memenangi sekurang-kurangnya dua piala bersama Arsenal sepanjang kariernya di England iaitu FA Cup (2019-20) dan FA Community Shield (2020).

Untuk rekod, Aubameyang juga pernah dinobatkan penjaring terbanyak liga perdana Inggeris bersama penyerang Liverpool, Mohamed Salah dan Sadio Mane dengan 22 jaringan.

Advertisements

Difahamkan, Arsenal tidak mahu membuat sebarang rundingan dilakukan dan hanya mahu Aubameyang keluar daripada kelab sahaja.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram