Australia Menang Selesa, Cabaran Getir Menanti Malaysia B-19
MakanBola
LFF/FAM

Malaysia perlu berwaspada dengan cabaran hebat Australia selepas pasukan lawan itu mencatatkan kemenangan selesa dalam aksi pertama Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-20 pada Isnin.

Kempen Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-20 2027 dimulakan dengan keputusan seri tanpa jaringan antara Malaysia dan Indonesia setelah kedua-dua negara jiran ini buntu sepanjang 90 minit permainan untuk memperoleh gol.

Skuad muda negara yang dibimbing oleh Shukor Adan berjaya mengekang asakan hebat pasukan Indonesia dengan disiplin bertahan yang tinggi untuk memastikan satu mata diperoleh Malaysia B-19 dalam perlawanan pertama ini.

Walau bagaimanapun, cabaran getir akan menanti pasukan muda Malaysia apabila dijadualkan turun menentang Australia pada Khamis, 3 September dalam misi untuk memburu tempat ke Piala Asia B-20 pada tahun hadapan.

Australia kini mendahului carta kumpulan H selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Laos dalam perlawanan pertama pada sebelah malam sekaligus menjadi satu ujian menarik buat Malaysia B-19 memburu 3 mata berharga.

Aksi Australia vs Malaysia bakal berlangsung pada Khamis, 3 September dengan sepak mula perlawanan pada jam 5 petang sementara Indonesia vs Laos pula akan diadakan pada sebelah malam.