“Australia Tegap & Besar, Malaysia Perlu Guna Kelebihan Sendiri” – Amin Rahim
UltraSukan
MHC
Sponsors

Ketua jurulatih skuah hoki remaja Malaysia, Muhamad Amin Rahim mengakui kelebihan fizikal yang dimiliki Australia harus diberi perhatian anak-anak buahnya menjelang aksi ketiga peringkat kumpulan A Hoki Piala Dunia Remaja 2023.

Beliau sedar kekuatan fizikal para pemain Australia ditambah pula corak permainan pantas sudah semestinya menjadi kunci utama Australia yang harus dititikberatkan oleh skuad negara.

Ad

“Kita sedia maklum Australia kuat dari segi fizikal dan cara permainan pantas, jadi pemain kita harus bersedia dari segi reaksi di atas padang. Dalam apa-apa situasi, contohnya ketika pukulan percuma, pemain kena bertindak pantas, waspada untuk 60 minit dan struktur pertahanan yang lebih berdisiplin,” ujar bekas pemain skuad kebangsaan itu.

Ad

Jurulatih skuad projek kebangsaan itu juga menyifatkan pemain lawan memiliki tubuh lebih tegap dan besar, namun yakin dengan kelincahan serta kepantasan pemain-pemain muda negara dapat dimanfaatkan.

Ad

“Pemain Australia mempunyai fizikal lebih besar dan tegap, manakala pemain kita lebih kecil, tetapi lebih lincah dan pantas, jadi mereka kena gunakan kelebihan itu. Kita juga perlu pastikan pelaksanaan pukulan sudut penalti berjalan lancar dan dapat disempurnakan,” katanya menurut laporan Bernama.

Ad

Beliau juga percaya setiap peluang yang dimiliki oleh pasukan negara terutamanya menerusi pukulan sudut penalti harus diambil dengan fokus dan ketenangan bagi menghasilkan jaringan yang diidamkan.

Ad

Berdasarkan rekod, sepanjang dua perlawanan lalu, The Young Tigers berjaya memperolehi empat belas pukulan sudut penalti namun hanya 3 yang berjaya menerjah jaring lawan.

Malaysia kini berada di tangga ketiga carta kumpulan A Hoki Piala Dunia Remaja 2023 dengan kutipan tiga mata dari dua perlawanan berkongsi mata dengan seteru, Australia manakala Argentina menepati ramalan berada di puncak carta kumpulan dan Chile masih gagal memperoleh sebarang mata.

Malaysia yang turun dengan misi wajib menang bakal membuat perhitungan dengan Australia pada jam dua petang, Jumaat manakala satu lagi pertemuan di dalam kumpulan A menyaksikan pertembungan derbi Amerika Selatan di antara Argentina dan Chile.