Advertisement
Australian Open: Perjalanan Magis Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien Terhenti Di Tangan Beregu Indonesia
UltraSukan
UltraSukan
Sathio Group Australian Open

Hasrat besar beregu wanita Malaysia, Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien untuk membawa pulang kejuaraan Australian Open 2024 tidak kesampaian setelah tumpas di perlawanan akhir kepada Febriana Kusuma-Amallia Pratiwi.

Pei Jing-Chiew Sin yang melakukan debut di kejohanan bertaraf 500 ini melalui satu perjalanan yang sangat manis di Sydney apabila berjaya menumbangkan beberapa pasangan pilihan untuk lolos ke final beregu Indonesia ini.

Ini merupakan pertemuan pertama bagi kedua-dua pasangan namun sekiranya perbandingan ranking menjadi ukuran, sudah tentu gandingan Febriana-Amallia yang berada di ranking ke-20 dunia ini akan menjadi pilihan ramai untuk muncul juara.

Perlawanan berlangsung dengan baik buat Pei Jing dan Chiew Sin apabila beberapa kali berjaya mematahkan serangan duo daripada Indonesia ini

Corak serangan dominan yang dipamerkan oleh Pei Jing-Chiew Sin dilihat tampak berhasil di samping memanfaatkan kesilapan lawannya sekaligus memastikan kemenangan di set pertama dengan keputusan 21-12.

Bersambung di set kedua, strategi ampuh yang digunakan Febrina dan Amallia membantu mereka bangkit. Pasangan Indonesia itu meraih kemenangan di set kedua dengan keputusan 21-7.

Keadaan ini menyebabkan perlawanan diheret ke set penentuan. Meskipun Chiew Sin mengalami kecederaan pada bahagian tangan, regu negara itu berusaha memberi tentangan terhadap Febrina-Amallia.

Pada akhirnya, kemenangan aksi di gelanggang satu berakhir dengan kemenangan milik regu Indonesia itu dengan keputusan 21-13.

Febrina-Amallia muncul juara Australian Open 2024 bakal membawa pulang wang bernilai USD 33,180 bersamaan RM156,565. Manakala Pei Jing-Chiew Sin pula yang menamatkan saingan di tempat kedua pula meraih USD 15,960 sekitar RM75,310.