Ads
‘Ayah Saya Orang Ipoh’ – Kobe Chong Akui Mampu Beraksi 3 Posisi Di Pentas Tertinggi
Eropah
AFC Sudbury

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong mendedahkan beliau memiliki pengalaman beraksi tiga posisi di bahagian tengah ketika beraksi di Eropah.

Advertisements

Posisi yang dimaksudkan pemain King’s Lynn Town berusia 22 tahun itu ialah posisi pemain sayap, pemain tengah dan pemain tengah menyerang.

Advertisements

Perkara ini dinyatakan Kobe kepada pengacara Astro, Keeshaanan Sundaresan atau Mat Stats dalam satu temu bual untuk Stadium Astro.

Advertisements
Advertisements

Keupayaannya bermain di pelbagai posisi berlaku disebabkan pemilihan posisi yang dibuat jurulatih semasa beliau berada dalam pasukan remaja ketika itu.

Pemilihan ini sedikit sebanyak membantu Kobe mempelbagaikan cara permainan mengikut posisi yang diturunkan di atas padang.

Advertisements

“Masa saya muda ketika berusia 12, 13, 14 (dan) 15 tahun, saya bermain di bahagian sayap. Bila saya sertai kelab Serie A, Cagliari, saya beraksi sebagai pemain tengah dari 16 (tahun) hingga 20 (tahun).

“Bila saya sertai Peterborough, saya beraksi di posisi itu juga. Dan sejak saya kembali beraksi di Conference North (National League North), saya lebih kerap beraksi di bahagian tepi dan tengah menyerang,” katanya.

Selepas menilai tiga posisi berkenaan, Kobe mengakui beliau kini lebih selesa beraksi sebagai pemain sayap kiri.

Ini kerana posisi tersebut membantunya lebih banyak menyerang dan mencipta peluang buat barisan serangan. Malah, ini turut membuka peluang buat Kobe menjaringkan gol.

“Tapi saya melihat diri saya lebih kepada pemain sayap kiri. Kemahiran satu lawan satu saya amat bagus bila menyerang. Saya suka menjaringkan gol dan mencipta bantuan gol,” ujarnya.

Advertisements

Kobe kini dikaitkan dengan perpindahan membabitkan tiga pasukan Liga Super iaitu Selangor FC, Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram