Ayron Del Valle Buru Gelaran Kasut Emas
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Penyerang berbisa Selangor FC dari Colombia, Ayron Del Valle dijangka berupaya menamatkan musim ini sebagai pemenang Kasut Emas Liga Super 2023.

Ini kerana mengikut statistik MFL ketika ini, Del Valle selesa menerajui carta penjaring gol terbanyak musim ini dengan 21 gol.

Ini disusuli oleh dua penyerang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Fernando Forestieri (18 gol) dan Bergson da Silva (16 gol).

Advertisements

Selain itu, penyerang yang menyarung jersi nombor 70 itu turut melakukan hatrik sebanyak dua kali dalam liga iaitu semasa menentang Kelantan United FC dan Kelantan FC.

Del Valle melihat gol tersebut tidak akan berlaku tanpa sokongan rakan-rakan sepasukan terutama di bahagian serangan.

Justeru, beliau berharap dapat menambah bilangan gol untuk baki saingan Liga Super agar dapat membantu Selangor layak ke kejohanan AFC pada musim hadapan.

Advertisements

“Saya sangat gembira dapat mencapai rekod seperti ini dalam tahun pertama saya bersama Selangor FC. Saya bekerja keras untuk mencapai objektif saya bermain di sini.

“Saya berusaha untuk memahami rakan sepasukan dan Liga Malaysia dengan cara saya tersendiri. Tidak dinafikan saya mengambil masa untuk ke tahap ini namun segalanya membuahkan hasil.

“Saya juga dibantu dengan kerjasama yang baik daripada rakan sepasukan untuk menjaringkan gol-gol tersebut. Saya cuba faham kemampuan yang mereka miliki dan dapatkan kefahaman cara bermain kemudian daripada itu saya gunakan peluang untuk menjaringkan gol,”

Advertisements

“Berbaki tiga perlawanan, saya dan rakan sepasukan akan terus berusaha menyiapkan diri secara fizikal dan mental bagi mendapatkan mata penuh untuk Selangor FC.

“Saya yakin kerjasama daripada rakan sepasukan akan membantu kelab mendapat keputusan yang terbaik. Secara individu pula, saya akan cuba menyumbang lebih banyak bagi memastikan pasukan mencapai sasaran musim ini,” katanya dalam laman sesawang rasmi Selangor FC.

Untuk rekod, gelaran Kasut Emas Liga Super 2022 dimenangi oleh Bergson menerusi 29 gol bersama JDT musim lepas.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram