Dunia
FK Jablonec
Advertisements

Dalam pada ketika rakyat Malaysia akan turun mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November depan, lain pula yang berlaku buat pemain Harimau Malaya, Dion Cools yang tersenarai dalam undian sebagai pemain terbaik FK Jablonec bagi bulan November.

Pemain terbaik Jablonec pada bulan Oktober telah dimenangi oleh pemain dari Nigeria, Joshua Akpudje selepas pemain pertahanan berusia 24 tahun itu mempamerkan aksi memberansangkan dalam perlawanan yang dijanlakan pada bulan Oktober.

https://twitter.com/AkpudjeJoshua/status/1588171406755303425

Kini, Dion Cools berpeluang untuk memenanginya bagi bulan November dan sudah semestinya rakyat Malaysia akan bersatu hati untuk mengundi pemain bintang Harimau Malaya itu.

Advertisements

Bulan November menyaksikan Jablonec hanya melalui dua perlawanan liga iaitu menentang Sigma Olomouc and Mlada Boleslaví. Namun malang buat Jablonec apabila tewas kedua-dua perlawanan tersebut.

Undian ini merupakan undian bagi anugerah pemain terbaik Jablonec yang terakhir untuk tahun ini. Ini kerana Liga Czech hanya akan disambung semula pada bulan Januari tahun hadapan. Untuk cara mengundi, boleh ikuti langkah-langkah yang disediakan di bawah.

Klik kepada link laman sesawang Jablonec. Isi emel anda di ruang yang disediakan. Klik DI SINI.

Advertisements
email Ayuh Undi Dion Cools Sebagai Pemain Terbaik Jablonec Bagi Bulan November
Isi emel anda di ruang yang disediakan

Pilih nama Dion Cools dalam senarai pemain Jablonec.

Pilih nama Dion Cools.

Tandakan kepada perkataan ‘Souhlasím’ dan terus tekan pada butang ‘Submit’. Untuk makluman undian ini akan berlangsung sehingga hari Khamis ini. Selamat mengundi semua.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram