Transfer
Terengganu FC
Advertisements

Pertahanan kental Terengganu FC, Azam Azmi kembali dikaitkan dengan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim 2024.

Pemain berusia 22 tahun itu beraksi dengan cukup cemerlang dalam dua musim kebelakangan ini sekaligus menyaksikan beliau menjadi pilhan utama pada posisi pertahahan kanan.

Desas-desus mengenai masa depan beliau kembali menjadi bualan hangat susulan beberapa spekulasi yang mengaitkan beliau ke selatan tanah air.

Advertisements

Menerusi perkongsian di laman Transfermarkt, anak jati Penang itu dikatakan bakal ke JDT bagi musim 2024 dengan namanya tersenarai dalam kalangan pemain berstatus perpindahan.

Beliau yang menjadi pemain pilihan utama bersama skuad b-23 Malaysia dan juga beberapa kali dipanggil untuk memperkuat skuad senior negara sudah pasti menjadi buruan kelab gergasi tanah air.

Advertisements

Sebelum ini, Azam pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Lembah Klang namun masih meneruskan aksinya bersama skuad Peteh.

Copy of Untitled Design Azam Azmi Sertai JDT?

Namun begitu, masih tiada pengumuman rasmi tentang perpindahan ini oleh mana-mana pihak sama ada kelab atau pasukan dengan saingan liga masih berbaki musim ini.

Advertisements

Azam dijangka terus membantu pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner untuk mengharungi saingan di Piala AFC bertemu Bali United pada 13 Disember 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram