Liga Super
Perak FC
Advertisements

Bekas penyerang negara, Azman Adnan telah membongkarkan rahsia kejayaan Yusri Che Lah bersama Perak musim ini.

Advertisements

Menurut perbincangan Azman Adnan bersama Zainal Abidin Hassan dan Norshahrul Idlan dalam program Astro Arena, kekuatan motivasi Yusri Che Lah telah membantu pasukan Perak untuk bangkit menampilkan aksi cemerlang ketika ini.

“Apa yang saya tahu tentang Yusri Che Lah sebab saya pernah bermain bersama beliau, dia memang boleh memotivasikan pemain. Sewaktu Yusri menjadi kapten pasukan, beliau mampu memberikan motivasi kepada rakan sepasukan.” ujar Azman Adnan.

Advertisements

Yusri Che Lah yang menggantikan Lim Teong Kim pada akhir Mei lalu susulan prestasi hambar Perak pada awal musim telah berjaya memperbaiki pasukan Perak yang kini menghuni tangga ke-9 liga.

Sebelum ini Perak berada dalam kelompok 3 tercorot liga setelah mengalami beberapa rentetan kekalahan.

Advertisements

Malah Perak turut melakukan kejutan melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia dengan mengalahkan pasukan seperti Kedah dan Sabah.

Azman Adnan juga memuji kemampuan Yusri Che Lah dalam memotivasikan pemain-pemain muda Perak.

“Apabila Yusri menjadi jurulatih dan mengambil alih pasukan Perak, saya tidak terkejut tiba-tiba Perak bertukar wajah.” tambah Azman lagi.

Kemenangan besar Perak ke atas Kelantan tempoh hari menyuntik kembali semangat skuad Perak untuk bertemu JDT bagi aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia pada 2 November ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram