Azmeer Yusof Kembali ‘Merumput’, Bakal Beraksi Bersama BRM FC di Liga M3
Transfer
BRM FC
Advertisements

Bekas pertahanan kiri Kedah, Azmeer Yusof kini sah kembali ke kancah bola sepak tempatan apabila beliau bakal beraksi bersama BRM FC di saingan Liga M3 musim hadapan.

Azmeer yang pernah beraksi bersama beberapa pasukan di Liga Super seperti Kedah dan Kuala Lumpur, memilih untuk menggalas cabaran bersama pasukan BRM FC dan berazam membawa pasukan ini ke peringkat tertinggi.

Sebelum ini tular mengenai kesetiaan Azmeer menunggu tawaran dari sebuah pasukan demi membantu pasukan tersebut apabila beliau mahu beraksi dengan pasukan tersebut tanpa sebarang bayaran.

Advertisements

Namun kini segalanya telah berlalu dan Azmeer kini dilihat fokus dengan karier bola sepaknya bersama BRM FC. Pasukan ini bakal dilatih oleh jurulatih yang berpengalaman iaitu Manja Man.

“Kepada semua yang selalu bagi semangat kepada saya dan minta supaya saya bermain bolasepak semula, ini untuk anda. Terima kasih sangat-sangat mendoakan. Kita kayuh sama-sama dari bawah sampai berjaya semula ok.

“Cuti saya sudah habis. Kini tiba masanya untuk saya galas cabaran team untuk bawa @official_brmfc ke peringkat tertinggi. Tiada yang mustahil dalam dunia ini jika diizinkan Allah,” tambah Azmeer di laman instagram miliknya.

Advertisements

Pada musim ini, saingan Liga M3 dibatalkan gara-gara pandemik covid-19 yang tidak menentu. Turut dibatalkan ialah saingan Liga M4, Piala Presiden dan juga Piala Belia. Namun pada musim hadapan, semua kejohanan tersebut bakal dilangsungkan semula dengan mengikut kepada SOP yang ditetapkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram