Azraai Khor Cadang Tan Cheng Hoe Letak Jawatan Secara Terhormat
Dunia
NSTP/ How Foo Yen (Getty images)
Advertisements

Menurut satu kenyataan daripada bekas jurulatih Harimau Muda A, Mohd Azraai Khor, beliau menyatakan bahawa jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe perlu meletak jawatan secara terhormat susulan kegagalan skuad kebanggsan dalam saingan Piala AFF Suzuki baru-baru ini.

Walaupun jurulatih skuad Harimau Malaya itu menghadapi pelbagai masalah yang dalam persiapan pasukan. Namun, sebagai jurulatih, Azraai menganggap Tan Cheng Hoe sudah bersedia atas risiko yang akan dihadapinya.

“Kini pasukan kita gagal, saya berpendapat ini adalah masa terbaik untuk Cheng Hoe berundur secara ‘gentleman’, secara terhormat kerana beliau kena mengakui hakikat bahawa beliau sudah gagal,”

Advertisements

Mengulas lanjut, Azraai jelas menyatakan mengenai keputusan untuk membawa 24 pemain sahaja walaupun sepatutnya boleh mendaftar 30 pemain adalah tidak betul sama sekali. Beliau menyifatkan yang Tan Cheng Hoe perlu bertanggungjawab atas kegagalannya dalam mengemudi skuad Harimau Malaya.

“Kemudian, mengambil risiko dengan membawa hanya 24 pemain walaupun dibolehkan mendaftar 30 pemain. Dalam keadaan COVID-19 dan kemungkinan kecederaan, keputusan ini ternyata tidak bijak,”

Jurulatih kelahiran Kedah itu nyata kecewa akan prestasi yang dipamerkan skuad Harimau Malaya dalam saingan di Singapura tersebut. Beliau menjelaskan bahawa barisan pemain yang dibawa pada kejohanan kali ini adalah antara bukan “regular player” buat kelab sekaligus gagal memberikan impak dalam skuad kebanggsaan.

Advertisements

“Sebagai bekas pemain kebangsaan dan bekas jurulatih skuad remaja negara, saya benar-benar sedih dengan apa yang berlaku kepada skuad kita di Singapura. Bukan sahaja harapan kita hancur malah maruah kita bagai dipijak-pijak,”

“Sejak awal kita sudah melakukan kesilapan apabila mengetepikan beberapa orang pemain yang lebih layak sebaliknya menyenaraikan pemain yang kurang minit permainan dengan alasan pemain-pemain yang diketepikan itu letih.” kata Azraai kepada KitaReporters.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram