Azraai Khor: Dia Main Tak Pakai Otak
Liga Super
TNP
Advertisements

Bekas jurulatih Kedah Darul Aman, Azraai Khor Abdullah menyelar tindakan tidak profesional pemain sayap Penang ketika bertemu KL City semalam.

Beliau yang menjadi pengulas di RTM membuat analisis terperinci berkenaan perlawanan tersebut sambil meluahkan kekecewaan dengan respon pemain berusia 25 tahun itu di atas padang.

Pada perlawanan semalam, pemain ini dimasukkan pada babak kedua permainan sebelum beliau diarahkan untuk meninggalkan padang beberapa minit sebelum tamat permainan.

Advertisements

Hal ini berpunca apabila beliau menerima foul daripada pemain KL City namun beliau bertindak di luar jangkaan dengan mengambil bola tersebut dan menyepaknya ke arah pemain lawan.

Beliau yang sudah pun dilayangkan kad kuning akhirnya menerima padah daripada tindakan beliau menyebabkan kad kuning kedua diberikan kepadanya.

Azraai Khor menempelak tindakan tersebut dengan memberitahu bahawa reaksi tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh pemain tersebut.

Advertisements

“Dia (Rahmat Makasuf) bermain tidak menggunakan otak. Beliau tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana ia akan memberi kesan kepada pasukan.”

“Pengadil telah pun memberikan foul jadi kenapa perku bertindak sedemikian. Sebagai pemain profesional, dia (Rahmat Makasuf) perlu mengawal emosi dengan lebih baik,” jelasnya kepada RTM.

Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi mana namun kehilangan dua tonggak penting pasukan.

Advertisements

Bojan Hodak terlepas khidmat Giancarlo Gallifuoco manakala Manzoor Azwira perlu merangka percaturan tanpa kelibat Rahmat Makasuf.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram