Azri Ghani Dalam Senarai Pemain Terbaik ASEAN Hyundai Cup
MakanBola
Malaysia National Team

Penjaga gol kebangsaan, Azri Ghani tersenarai antara pemain terbaik ASEAN Hyundai Cup 2026.

Azri antara lima pemain terbaik kejohanan yang dipilih Sofascore mengikut purata markah yang diraih sepanjang kejohanan. Penjaga gol Negeri Sembilan FC itu menduduki tempat ketiga dengan markah 7.38.

Dua pemain Vietnam menghuni kelompok lima pemain terbaik yang dipilih Sofascore iaitu Nguyen Dinh Bac dan Nguyen Hoang Duc. Dinh Bac dan Hoang Duc masing-masing mendapat markah 7.70 dan 7.40.

Kedua-duanya memainkan peranan penting yang membantu Vietnam mempertahankan gelaran juara ASEAN Hyundai Cup. Vietnam mempertahankan trofi yang dimenangi pada edisi 2024 dengan menewaskan Thailand 4-2 secara agregat.

Meskipun kecewa melihat Thailand gagal bergelar juara, kapten pasukan itu, Sarach Yooyen turut dipilih pemain terbaik oleh Sofascore. Beliau menduduki tangga keempat dengan markah 7.33.

Pemain tengah Harimau Malaya, Sergio Aguero melengkapkan senarai lima pemain terbaik yang dipilih Sofascore. Pemain baharu PSM Makassar itu mendapat markah 7.32.

Persembahan mantap yang dipamerkan Azri dan Aguero berpotensi meletakkan mereka dalam perancangan jurulatih interim negara, Tan Cheng Hoe untuk kempen FIFA ASEAN Cup.