Azurin Mazlan Harumkan Nama Malaysia Diiktiraf Penjaga Gol Import Terbaik India
Dunia
azurinmazlan_
Advertisements

Penjaga gol bola sepak wanita kebangsaan, Azurin Mazlan telah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik dalam saingan Liga Wanita Karnataka bagi musim 2021/22.

Penjaga gol berusia 21 tahun ini berjaya membantu pasukannya Misaka United menamatkan saingan sebagai naib juara bagi pertandingan elit bola sepak di India (India Women’s League).

Sejak kehadirannya disana, beliau terus diberi kepercayaan oleh jurulatih sekaligus diturunkan dalam kesebelasan utama dalam setiap perlawanan sehingga tamat saingan liga.

Advertisements

Untuk rekod, penjaga gol muda ini turut pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan kelimanya bersama Misaka United.

Untuk pengetahuan, Azurin merupakan pemain import pertama yang beraksi di Liga Wanita Karnataka bagi saingan kali ini. Beliau menjadi pemain ketiga yang beraksi di luar negara selepas Berlin Leong di Sepanyol dan Celine Chuang di Jerman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram