“Sukar Untuk Layak Ke Piala Asia” – B. Sathianathan
Dunia
Sinar Harian
Advertisements

Bekas pengendali Harimau Malaya, B Sathianathan dilihat sedang meneliti situasi semasa skuad negara dan baginya tampak sukar untuk jurulatih baharu negara membawa skuad Harimau Malaya layak ke saingan Piala Asia tahun depan.

Sathianathan menjelaskan masa yang suntuk untuk Pan-Gon persiapan Harimau Malaya amat mencabar kerana bukan mudah untuk seorang jurulatih import memahami permainan bawah kendaliannya dalam jangka masa yang singkat.

Dalam pada itu, bagi Sathianthan jika Pan-Gon membuat pemilihan pemain yang betul dalam masa yang suntuk ini kemungkinan boleh layak, akan tetapi beliau menasihati supaya jangan meletakkan harapan yang tinggi.

Advertisements

“Itu saya susah nak jawab (harapan ke pusingan akhir Piala Asia), kita jangan harap sangat. Kalau ikut hati, saya mengharapkan kita layak untuk meredakan keadaan dan sebagainya,” katanya.

“Sukar, cuma kalau dipilih pemain yang sesuai, kemungkinan boleh. Tapi ia terpulang kepada jurulatih yang baharu ini, namun jangan harapkan perubahan yang drastik,” jelasnya kepada Berita Harian.

Tambahnya lagi, terutama semua jurulatih tempatan untuk langkah seterusnya adalah banyakkan bertanya dan minta pendapat tentang perkara yang perlu dan perkara yang tidak perlu buat untuk perkuatkan lagi mutu permainan pasukan negara.

Advertisements

“Apa yang kita kena buat, semua jurulatih tempatan dalam liga memberi kerjasama kepada jurulatih pasukan kebangsaan kalau dia minta data atau ujian kecergasan. Apa yang dia perlu buat adalah berhubung dengan semua jurulatih kelab dan minta pandangan mereka,” katanya

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram