B. Sathianathan Jawab Mengapa Selangor Bersungguh-Sungguh Dapatkan Faisal Halim
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Bekas pengendali Selangor FC, B. Sathianathan mengulas berkenaan impak dibawa oleh pemain sayap lincah, Faisal Halim sehingga Selangor berjaya memenangi tandatangan pemain tersebut.

Bekas pemain Terengganu FC itu menikmati musim cemerlang di bawah kendalian Nafuzi Zain sebelum memilih untuk membawa haluan baharu musim ini.

Malah, Nafuzi juga ketika ini sedang memulakan tugas baharu selaku jurulatih Kedah Darul Aman dengan barisan pemain baharu.

Advertisements

Penghijrahan Faisal ke Selangor dapat dilihat sebagai satu nilai tambah yang cukup positif di bawah kendalian bekas jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

Sathianathan melihat Selangor dapat menjadi sebuah pasukan yang lebih baik pada musim ini berbekalkan kecemerlangan pemain bertubuh kecil ini.

Katanya, Faisal memiliki kualiti yang diperlukan oleh Selangor yang sudah tentu memiliki hasrat beraksi di pentas Asia musim hadapan.

Advertisements

“Kalau kita lihat tiga empat tahun lepas, Faisal terkenal dengan kemampuan menyerangnya tetapi sejak dua musim ini, beliau sudah bermain turun naik.”

“Betapa rajinnya dia akan naik dan turun walaupun ada pertahanan yang melakukan ‘overlap’, beliau akan tetap turun,” jelasnya kepada Astro Arena.

Perkara ini turut dipersetujui oleh seorang lagenda Selangor, Azman Adnan yang melihat pemain ini mampu beraksi pada pelbagai posisi.

Advertisements

“Faisal mempunyai kualiti, kerajinannya dan staminanya amat bagus.”

“Dia (Faisal) boleh naik dan turun dan mampu melepasi kawalan pertahanan walaupun terdapat dua orang yang mengawalnya.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram