B. Sathianathan Risau Dengan Kelesuan Penyerang Import Selangor
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Bekas pengendali Selangor FC, B. Sathianathan menzahirkan kerisauan terhadap jentera serangan Selangor terutamanya penyerang sensasi Colombia, Aaron Del Valle.

Penyerang berusia 34 tahun itu hadir dengan reputasi yang cukup hebat ke Liga Malaysia selepas menjadi penjaring terbanyak di sana.

Kemasukan beliau adalah bagi mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Herlison Caion yang berhijrah ke kelab jiran, KL City FC.

Advertisements

Walau bagaimanapun, Sathianathan menyatakan kerisauannya apabila merasakan bahawa penyerang tersebut masih tidak memberikan impak yang diharapkan.

“Saya ingin bertanya kepada Tan Cheng Hoe adakah anda berpuas hati dengan persembahan penyerang anda (Ayron Del Valle) sebab pada kaca mata saya, beliau tidak menerima hantaran secukupnya sejak tiga perlawanan ini.”

Perkara ini bagaimanapun sudah mendapat respon Cheng Hoe yang percaya sentuhan beliau akan tiba setelah mengharungi beberapa perlawanan.

Advertisements

“Kita percaya Ayron dapat memberi impak kepada pasukan cuma kita harap beliau dapat segera sesuaikan diri dengan rakan dan juga liga Malaysia.”

“Saya berharap dalam dua tiga minggu lagi beliau akan dapat beraksi dengan baik jika melihat kepada gerakan dan sentuhannya dalam padang,” jelasnya kepada Astro Arena.

Selangor terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila ledakan minit akhir kapten pasukan, Brendan Gan menyelamatkan maruah tuan rumah semalam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram